Thursday, June 6, 2013

Repost.

Doa Untuk Gaza.

Bulan sudah mula kelihatan. Dalam keadaan seperti ini pun, masih ada yang tidak berubah. Bulan tetap ada di situ apabila malam menjelma. Bulan yang ada satu sahaja. Dalam dunia ini, semua mata manusia pandang ke arah bulan yang satu itu. Bukankah kita di duduk bawah langit yang sama. Senyum.

Aku melangkah ke katil yang hanya dihiasi tilam bercadar lusuh. Aku senyum kerana masih diberikan peluang untuk menghirup oksigen percuma hingga ke hari ini. Senyuman aku melebar. Entah macam mana lena aku yang malam ini pula. Entahkan berpeluang mengirup oksigen esok hari ataupun tidak.

Cantiknya taman itu. Macam taman-taman sorga. Ada sungai yang mengalir di mana airnya berwarna susu. Macam bayangan syurga yang pernah Allah nyatakan dalam Surah Ar-Ra’d ayat yang ketiga puluh lima itu. Walaupun belum pernah aku ke sorga. Tapi, ahh. Mungkin ini mimpi aku sahaja. Mimpi yang terindah.

Aku tersentak dari lena di mana aku memimpikan taman sorga. Tersentak disebabkan bunyi yang tak lagi asing di pendengaranku. Adrenalin tidak lagi mengalir laju seperti sewaktu kali pertama aku dengar bunyi ini. Pertama kali yang entah bila. Kalau tak salah, waktu aku baru belajar bertatih rasanya.

Aku dengar bunyi roket melintasi udara atas aku. Pastinya roket rejim itu, yang belum puas menumpahkan bergelen-gelen darah rakyat bumi Palestine. Mana mungkin pihak kami punya roket pembunuh secanggih itu. Dari mana Israel mendapatkan wang untuk mempunyai senjata secanggih itu, aku tidak mahu tahu.

Tapi aku Islam. Dan sebagai Muslim, kami ada senjata yang paling canggih. Senjata yang tidak mungkin mampu dibeli oleh Israel meskipun tidak ada seorang manusia di dunia ini yang memboikot Mekdi. Eh?

Apa senjata kami? Doa. Doa yang coveragenya meluas di serata dunia dan pada setiap masa. Yang memperkenan doa, hanya Dia yang ada di atas sana. Pandang langit.

Roket mungkin ada di atas kami. Tapi mungkin mereka lupa, Allah ada di atas mereka.

No comments:

Post a Comment